Selepas perlawanan semalam, terdapat sedikit konfrontasi antara beberapa orang penyokong dengan ketua pasukan, Safiq Rahim.
DOLLAH KECEWA, LEPAS BANYAK PELUANG
Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh tidap dapat menyembunyikan kekecewaan beliau selepas melihat anak-anak buahnya sekadar seri 1-1 dengan Timor Leste pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018, semalam.
Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak menjamin tiga mata penuh buat Malaysia walaupun mendahului lawan sepanjang perlawanan.
Jaringan Safee Sali pada minit ke-34 akhirnya disamakan Timor Leste pada minit akhir permainan menerusi tandukan pemain pertahanan, Ramon Saro.
“Kita menguasai permainan, tapi kita tidak mencipta jaringan. Ada dua tiga peluang yang kita sia-siakan.
“Kesilapan minit terakhir itu satu kesilapan besar di bahagian pertahanan. Kita melepaskan gol betul-betul pada tambahan masa permainan babak kedua” katanya pada sidang media yang diadakan selepas perlawanan.
Sementara itu, jurulatih Timor Leste, Fabio Magrao lega dengan kejayaan mencuri satu mata ini.
“Persiapan kami sangat singkat. Kami berlatih kurang daripada seminggu atau lebih tepat, hanya tiga hari.
“Tapi saya sudah mengenali para pemain ini kerana kami pernah berkumpul bersama ketika aksi pusingan pertama kelayakan bertemu Mongolia. Mereka sudah tahu apa yang saya mahukan.” kata pengendali yang berasal dari Brazil ini.
Malaysia seterusnya akan bertemu Palestin pada Selasa ini di Bukit Jalil jam 8.45 malam sementara Timor Leste akan berdepan dengan Emeriah Arab Bersatu (UAE) jam 4 petang di Stadium Shah Alam pada hari yang sama.
0 Komentar untuk "Inilah Insiden Yang Terjadi Selepas Tamat Perlawanan Malaysia vs Timor Leste"