Anak Perempuan Zahid Hamidi Luah Perasaan Di Instagram Selepas Bapanya DiKritik Ramai
Nama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nampaknya kini menjadi bualan ramai netizens selepas dilantik oleh memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Semalam.
Setelah melihat pelbagai reaksi daripada Netizens, Nurul Hidayah Binti Ahmad Zahid telah membuat satu luahan si laman Instagramnya yang menzahirkan sokongan penuh terhadap bapanya selain walaupun ada pihak yang mengkritik, memaki dan menyumpah bapanya itu.
Abah betapa orang sedang menyanjungmu, memujimu, memakimu, menyumpah seranahmu, kau tetap suami, abah, grandpa kami.
Tetaplah dengan Istiqamahmu, janjimu kepada Maha Pencipta. Sebagai anak, bukan status yang kami pandang. Abah tetap abah.
Pandanglah tanggungjawabmu dengan ‘mata hati’.
Kami redha akan perkongsian abah dengan tanggungjawab yang digalas.
Ketentuan Allah tidak terjangkau dek akal. Pesan abah ikut rasmi padi “makin berisi tambah menunduk” akan kekal sehingga akhir hayat kami.
Ini suatu amanah dan ujian Allah. All the best dan semoga Allah memberi kekuatan iman, taqwa, tabah n sabar pada Abah.
0 Komentar untuk "Anak Perempuan Zahid Hamidi Luah Perasaan Di Instagram Selepas Bapanya DiKritik Ramai"