Komen Dari Jurulatih Liverpool Setelah Dimalukan Pasukan Malaysia
PENGURUS Liverpool, Brandan Rodgers ketika mengadakan sidang media di Subang. - Foto EPA KUALA LUMPUR: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers memuji skuad Pilihan Malaysia kerana memperagakan persembahan cemerlang menentang barisan mudanya hingga berjaya mengikat mereka 1-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jali, malam tadi.
Menurutnya, perlawanan itu akan menjadi medan terbaik untuk pemainnya berada pada tahap kecergasan yang tinggi sebelum bermula musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/2016. "Saya sungguh berpuas hati dengan apa yang dilalui pada jelajah pra musim setakat setakat ini. "Pasukan ruan rumah (Pilihan Malaysia) memberi saingan sengit pada babak pertama tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan persiapan kami sebelum musim baharu EPL bermula," katanya selepas perlawanan itu.
Dalam perlawanan berkenaan, pasukan bimbingan Dollah Salleh mendahului pasukan pelawat menerusi penyerang import PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-12, sebelum disamakan pemain sayap berusia 19 tahun, Jordan Ibe, pada minit ke-28. Sebelum ke sini, Liverpool memulakan jelajah pra musim ini dengan mengalahkan pasukan All Stars dari Thailand 4-0 di Bangkok pada 14 Julai lalu sebelum mengalahkan dua pasukan Liga Australia, Brisbane Roard 2-1, Jumaat lalu dan Adelaide United 2-0, tiga hari selepas itu. Skuad The Reds akan melengkapkan jelajah pra musim dengan menentang pasukan Finland, HJK Helsinki pada 1 Ogos ini di Stadium Sonera di Helsinki. - BERNAMA
Sumber Berita Harian
0 Komentar untuk "Komen Dari Jurulatih Liverpool Setelah Dimalukan Pasukan Malaysia"