Inilah Hukuman Yang Dikenakan Kepada Nazmi Faiz Setelah Meludah Pemain Kelantan



PEMAIN tengah Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang didapati bersalah meludah pemain Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, 19 Ogos lepas, dikenakan penggantungan enam perlawanan namun Nazmi telah membuat rayuan dan hanya dikenakan penggantungan tiga perlawanan.
 
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hari ini turut memberi amaran keras kepada pemain berusia 21 tahun itu yang akan berdepan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama.
 
FAM dalam artikel yang disiarkan pada laman sesawangnya, memaklumkan Nazmi digantung tiga perlawanan terlebih dahulu manakala baki tiga perlawanan seterusnya bergantung kepada kelakuan yang ditunjukkan pemain berkenaan.
 
Keputusan yang dibuat berdasarkan Artikel 40 Kod Tatatertib FAM 2015 itu, menyaksikan Nazmi bakal terlepas dua aksi pusingan awal Kumpulan C Piala Malaysia menentang Kelantan dan T-Team, masing-masing pada 12 dan 19 September ini.
 
Pemain itu sudah menjalani penggantungan automatik pada aksi Liga Super antara Selangor dan Perak pada 22 Ogos lepas di Stadium Perak.
 
Nazmi bagaimanapun, boleh mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman tersebut.
 
Pemain itu bertindak meludah penyerang Kelantan, Erwin Carillo sebelum dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri ketika Selangor mengalahkan Kelantan 3-0 di laman sendiri pada aksi Liga Super, 19 Ogos lepas.
0 Komentar untuk "Inilah Hukuman Yang Dikenakan Kepada Nazmi Faiz Setelah Meludah Pemain Kelantan"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info