Inilah Jumlah Gaji Yang Diminta Pemain Import Terengganu Issey Nakajima Untuk Musim 2016

terengganu-pertimbang-kenaikan-gaji-nakajima
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedia mempertimbangkan kenaikan gaji Issey Nakajima Farran sekiranya permintaan pemain import itu bersesuaian.
Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata setakat ini, permintaan bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace itu sedang diteliti.

"Apa yang pasti, tuntutan naik gaji pemain sayap kelahiran Kanada itu akan dinilai sebaik mungkin dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kontrak pemain berusia 33 tahun itu dengan PBSNT, sama ada pemain berkenaan kekal bersama Terengganu atau sebaliknya pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Mengenai perbincangan antara PBSNT dan Nakajima hari ini, Wan Ahmad Nizam berkata tiada keputusan yang dicapai pada pertemuan itu dan beliau menjangkakan perkara itu akan diselesaikan selewat-lewatnya minggu depan.

Wan Ahmad Nizam berkata Nakajima sudah berada di negara ini sejak semalam, setelah mewakili pasukan kebangsaan Kanada untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

Semalam, Nakajima tidak diturunkan ketika Terengganu seri tanpa jaringan berdepan pasukan JDT II dalam saingan Piala Malaysia berikutan digantung  satu perlawanan.

"Bagaimanapun kita akan turunkan Issey apabila kita bertemu Kedah di Alor Setar pada 18 Sept ini," katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Nizam berkata PBSNT menerima perkhabaran terbaru yang melegakan iaitu penyerang berbisa Terengganu dari Brazil, Paulo Rangel boleh diturunkan beraksi bersama pasukan berkenaan selepas 19 Sept ini.

Ini berikutan, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memendekkan tempoh penggantungan selama enam bulan terhadap Rangel kerana  tindakannya menendang bola ke arah penolong pengadil tambahan kedua dan menolak badan pengadil ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII di sini, pada 16 Mei lepas.

Justeru, Wan Ahmad Nizam berharap kehadiran kedua-dua pemain import itu akan memantapkan lagi pasukan Terengganu dalam menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.

Dikhabar Issey meminta gaji dinaikkan rm100k lebih setelah mata wang Malaysia jatuh teruk
0 Komentar untuk "Inilah Jumlah Gaji Yang Diminta Pemain Import Terengganu Issey Nakajima Untuk Musim 2016"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info