KEJUTAN DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIQ AF4 & ISTERINYA


11856566_966250600079782_741539944_n.jpg
KUALA LUMPUR : Sekali lafaz, penyanyi yang digilap bakatnya menerusi pertandingan Akademi Fantasia musim keempat, Haziq Rosebi sah bergelar suami kepada Maisarah Mohd Sidki pada majlis ijab kabul di rumah pengantin perempuan di Taman Setiawangsa, di sini sebentar tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh abang sulung Maisarah, Mohammad Immanuddin Mohd Sidki sambil disaksikan Muadzeen Ackil selaku Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Masjid Muadz Bin Jabal, Kuala Lumpur.
Pada majlis pernikahan ini, Haziq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan. Keesokan hari mereka akan bersanding di sebuah dewan di Taman Melawati.
Pasangan ini akan diraikan sekali lagi pada 7 November hadapan di kampung halaman Haziq di Melaka.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ini tanggungjawab dan fasa baharu yang akan ditempuhi kami. Kehidupan saya pastinya akan bertukar 360 darjah dan harapnya kebahagiaan kami sampai ke jannah,” kata penyanyi muda yang terus memperjuangkan irama Malaysia itu.
Haziq dan Maisarah bertunang pada 23 November tahun lalu. Mereka bercinta hampir empat tahun.
Haziq memberitahu Isnin ini, dia dan isterinya akan berbulan madu di Bali yang ditaja JetWorld Holidays Travel & Tour Sdn Bhd.
KREDIT :HAZIQ AF4
11849945_1678729395682467_507130050_n.jp11856795_1624335431176572_269177387_n.jp11934878_1044565638921326_181341788_n.jp11925571_959261774153694_226857728_n.jpg10354403_1598836787048478_1571174748_n.j11856566_966250600079782_741539944_n.jpg928337_757383914406994_260630131_n.jpg11939617_505775759599105_1203799318_n.jp
0 Komentar untuk "KEJUTAN DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIQ AF4 & ISTERINYA"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info