(Video&Gambar) Imam Masjid Negara Ditampar Semasa Imamkan Solat Jumaat Sebentar Tadi



Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 masjid tersebut ketika sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika di solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.


 

 

 

 

Orang ramai dikatakan telah bertindak menangkap lelaki berkenaan dan berlaku sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada polis.





 Kredit gambar: Astro Awani


Bagaimanapun sehingga kini kami belum dapat mengetahui punca lelaki berkenaan bertindak demikian. Berita selanjutnya akan dikemaskini. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "(Video&Gambar) Imam Masjid Negara Ditampar Semasa Imamkan Solat Jumaat Sebentar Tadi"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info