Akhirnya CEO Pahang Buka Mulut Tentang Perpindahan Ronaldinho

ronaldinho-sertai-pahang
Arena bola sepak malaysia kecoh seketika apabila pemain legenda Brazil, Ronaldinho dikaitkan dengan sebuah pasukan di Malaysia.
Tetapi dengan pasukan mana masih menjadi tanda tanya. pasukan disebut-sebut khabarnya pasukan Pahang.

Ejen Ronaldinho, Roberto Assis, mengesahkan pemainnya yang punyai nilai kontrak RM47.7 juta setahun itu mendapat dua tawaran dari kelab Switzerland, FC Sion dan pasukan Pahang.

Berita cubaan Pahang untuk dapatkan Ronaldinho mendapat perhatian meluas kebanyakan media antarabangsa termasuk negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Pahang, Fahrizal Hassan yang dihubungi enggan mengesah atau menafikan sebaliknya berteka-teki sambil anggap berita itu sebagai satu perkara biasa bila menjelang penghujung musim.

"Berita sebegini memang selalu akan ada pada penghujung musim, namun kami kini menumpukan perhatian kepada perlawanan seterus dan segala keputusan akan dilakukan setelah selesai Piala Malaysia musim ini.

Ronaldinho, satu nama tidak perlu diperkenalkan lagi di peta bola sepak dunia kerana pernah bergelar pemain terbaik dunia 2004 dan 2005.

Dia menjadi nadi penting  kejayaan Brazil merangkul piala dunia 2002 dan trofi liga juara-juara bersama Barcelona pada musim 2005/06.

Bagi musim depan, Fahrizal mengesahkan Pahang akan mengalami transformasi pengurusan dengan bakal diswastakan sepenuhnya dan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
0 Komentar untuk "Akhirnya CEO Pahang Buka Mulut Tentang Perpindahan Ronaldinho"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info