Admin difahamkan bahawa pengadil yang mengadili perlawanan Kedahmenentang Terengganu FA di Stadium Darul Aman sebelum ini, Nazmi Nasaruddin baru sahaja menghantar laporan kepada FAM mengenai insiden Norshahrul memijak pemain Kedah. Jika disabitkan kesalahan Norshahrul bakal digantung 2 perlawanan lagi.
Agak pelik disini kerana insiden tersebut sudah lama berlalu tetapi kenapa baru sekarang Nazmi mahu menghantar laporan kepada FAM? For the record, dalam perlawanan itu Norshahrul sudahpon dikenakan hukuman kad merah, dan digantung satu perlawanan (dia tidak bermain vs LionsXII) malah beliau juga sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, dan pemain Kedah tersebut sudah memaafkannya. Diantara dua pemain ini secara peribadinya memang sudah tiada isu. Namun dengan pengadil ini admin tidak pasti berdasarkan laporan ini. Norshahrul juga telah dibenarkan untuk bermain dalam perlawanan mentang JDTII dan menyertai skuad Terengganu ke Pasir Gudang namun perlawanan tersebut telah ditangguh kerana jerebu. Tetapi adakah dia boleh bermain menentang JDTII pada tarikh yang baru nanti?
Pengadil ini juga dikatakan kerap membuat keputusan yang mengundang kontroversi terutamanya ketika mengadili perlawanan Terengganu, T-Team, Perak, Kelantan, dan beberapa buah negeri yang lain. Admin harap FAM perlu lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan mutu pengadil-pengadil tempatan dan tidak berat sebelah dalam menghukum sesetengah pihak. Jika pengadil melakukan kesilapan dalam keputusan, pengadil tersebut juga perlu digantung, seperti di EPL.
Sumber : Harimau Malaya
0 Komentar untuk "Akibat Memijak Pemain Kedah Inilah Padah Yang Diterima Nurshahrul Idlan Talaha"