Astaghfirullah! Bersabarlah Cheta Dengan Dugaan Besar Ini




Penipuan yang dilakukan oleh sesetengah peniaga di Instagram bukan perkara baru sejak dua tiga tahun ini, namun kes yang membabitkan nama Rozita Che Wan ini nampaknya menjadi tanda aras baru dalam arena penipuan dalam skala yang lebih besar — mengaut hasil haram RM700,000.
Harian Metro pada hari ini mendedahkan seorang lelaki di sebalik akaun Instagram Paris Shopping Heaven telah menipu orang ramai dengan menjual beg berjenama mewah pada harga rendah namu tidak pernah menunaikan mana mana pesanan pelanggan.
 
Rozita Che Wan beberapa bulan lalu pun ada memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada pengguna supaya tidak tertipu dengan akaun tersebut yang pernah menggunakan namanya seoalah olah beliau pernah berurusan membeli beg tangan mewah.
Lelaki Tipu Orang Ramai RM700,000 Gunakan Nama Che Ta - ROTIKAYA
“Saya dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi nyaris ditipu,” ujar Che Ta.

Menurut laporan itu juga, sehingga kini lebih 30 orang mangsa terpedaya tampil membuat laporan polis dan mendedahkan taktik lelaki itu menipu mereka. Bukan sahaja tidak menunaikan pesanan malah turut enggan memulangkan wang pelanggan yang terkena. (rtky/m)

Sumber : Rotikaya
0 Komentar untuk "Astaghfirullah! Bersabarlah Cheta Dengan Dugaan Besar Ini"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info