B Sathianathan Dedah Keburukan Jika Ambil Jurulatih Dari Luar Negara Untuk Latih Skuad Harimau Malaya


Topik jurulatih baru pasukan Malaysia ketika ini sedang hangat diperkatakan dengan ramai yang mahu jurulatih asing mengendalikan pasukan negara tetapi bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan memberi amaran bahawa jurulatih luar tidak semestinya boleh membawa kejayaan dengan serta merta.
Ini susulan permohonan yang telah dibuat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) oleh para jurulatih asing antaranya Marcel Desailly, Bojan Hodak, George Boateng dan Ashley Westwood yang berminat untuk menjadi jurulatih baru pasukan kebangsaan senior Malaysia.
Sathia berkata, jurulatih asing yang memiliki pengetahuan bola sepak tempatan akan mempunyai kelebihan untuk membimbing skuad kebangsaan.
“Seorang pemain bola sepak yang hebat belum tentu boleh menjadi jurulatih yang hebat. Lihatlah Zico, beliau merupakan seorang pemain bertaraf dunia tetapi sebagai jurulatih, beliau masih lagi tidak mampu membawa Jepun ke tahap yang lebih tinggi.
“Claude Le Roy mempunyai reputasi yang hebat ketika membimbing Cameroon dan Ghana  tetapi apabila beliau mengendalikan pasukan kebangsaan Malaysia, kita tetap tewas kepada Singapura.
“Saya pernah menjadi penolong kepada jurulatih skuad kebangsaan kepada empat jurulatih luar (Richard Bate, Hatem Souissi, Allan Harris, dan Bertalan Bisckei) sebelum ini tetapi mereka memerlukan bantuan jurulatih tempatan juga,” katanya kepada Harian Metro semalam.
Ketika ini majoriti peminat bola sepak tanah air mahukan jurulatih luar dan ada juga yang mahukan jurulatih sementara Malaysia, Ong Kim Swee sebagai jurulatih baru Harimau Malaya.

Sumber : Fourthofficial
0 Komentar untuk "B Sathianathan Dedah Keburukan Jika Ambil Jurulatih Dari Luar Negara Untuk Latih Skuad Harimau Malaya"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info