Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) berpeluang untuk terus melakar sejarah sekiranya Persatuan Bolasepak Kuwait (KFA) digantung badan dunia FIFA.
Menurut laporan media tempatan bakal Kuwait, The Times, KFA berdepan penggantungan FIFA sekiranya tidak menyelesaikan masalah berkaitan undang-undang di negara itu.
Situasi berkenaan memungkinkan KFA berdepan penggantungan aktiviti dengan penyertaan skuad kebangsaan mereka pada kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 akan terjejas
.
Malah menurut laporan berkenaan, Kuwait juga akan dilarang menjadi tuan rumah Piala Negara Teluk yang dijadualkan bermula Disember nanti.
“Kelab Kuwait terutamanya Al-Qadsia SC juga akan dinafikan hak beraksi pada separuh akhir kedua Piala AFC,” menurut laporan berkenaan.
0 Komentar untuk "Inilah Punca Sebenar JDT Dapat Kemenangan Percuma Keatas Kelab Al-Qadsia SC"