Kantoi! ! Rekan Berpurdah Dedah Perangai Sebenar Abby Abadi|Masih ingatkah anda wanita berpurdah yang nampak akrab dengan abby abadi pada majlis pernikahan beliau beberapa bulan lepas.
Wanita itu sebenarnya adalah bernama dina merupakan kawan baik abby abadi berikut pendedahan beliau mengenai abby abdi yang sangat mengejutkan.
My Sister.
My Sister.
Pengenalan tahun 2014 semasa Ramadhan. Kak Abby selalu pergi Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang. Dia selalu pergi dengan anak-anak dia. Masa memula segan nak tegur sebab artis kan, malu ar. Kang kata apa pulak. Kita ni orang biasa-biasa je. Haha lama-lama tuh dah jadi jemaah masjid, mulalah berkenalan. Kenal punya kenal, pergi kelas kitab then habis tuh makan kat kedai mamak, ajak tidur rumah la, pergi shopping kat kenanga la and macam macam lagi. Fuh! Dah la bagi barang-barang yang best. Telekung, baju, handbag, minyak wangi, umaima, duit, (tapi bagi bukan sekali gus ok, berjalannya waktu). Terima kasih sangat kak .
Ada orang tanya, kak dina ada hubungan apa dengan kak abby? kak dina saudara ke dengan kak abby? Kak dina kawan dengan retis tuh, fuyoo. Macam-macam soalan. Jawapannya, kami hanya saudara seislam yang akrab. Bila kau dah anggap kawan tuh macam sahabat, mesti kau akan sayang kan. Begitu juga diri ini. Kak abby ni banyak membantu, baik orangnya. Nak balas jasa tuh tak mampu lagi buat masa ni, hanya doa saja. Dalam hadis kata, ingatan yang paling kuat dengan saudaranya adalah dengan berDOA .
Akhir kata, semoga berbahagia dunia akhirat kak. Hopefully perkahwinan akak ni yang terakhir dan berkekalan hingga ke Syurga. Aamiin. (Mohon en.Jai jaga kakak kita).
0 Komentar untuk "Kantoi! ! Rakan Berpurdah Dedah Perangai Sebenar Abby Abadi"