Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri.Terima kasih sudi menjadi isteri Yat yang IKHLAS..Cuma awak dan awak hingga akhir...
Demi Allah, suamimu yang malang....
Yang terlalu rindukan EMAK !
Assalamualaikum…
Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor Bahru, jumaat.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui bersama kabel elektrik berjerut di lehernya pada jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.
Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.
Memetik Harian Metro, pada malam sebelum kejadian, isterinya pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.
Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya....
“Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya....
Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau....
“Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami....
“Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini,” katanya....
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat....
“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung,” katanya.... -MYNEWSHUB.CC
SUMBER http://pedasssangat.blogspot.my/
0 Komentar untuk "Tragis Dan Menyayat Hati !!! Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tercinta Sebelum Mati Bunuh Diri "