Anak buah LTK diburu ejen kelab eropah.
Beberapa pemain skuad Malaysia U13 telah dirisik oleh beberapa ejen kelab ternama eropah ekoran prestasi cemerlang dalam Ibercup 2015.
Menurut Safirul Azli, beberapa ejen dari kelab eropah bertemu dengannya untuk mendapatkan khidmat pemain kita menyertai akademi kelab kelab eropah.
“Ramai pihak bertemu saya untuk mengambil nombor telefon saya kerana menyatakan minat kepada pemain negara. Ada di antara ejen itu pernah mewakili pemain antarabangsa Sepanyol Santi Cazorla."
"Cukup saya katakan kita mendapat tawaran dari kelab kelab ternama yang beraksi di UEFA Champion League tetapi saya tidak mahu mendedahkan butiran lanjut"
“Kami akan menilai setiap tawaran dan pasti akan berbincang dengan ibu bapa pemain untuk memastikan tawaran itu benar-benar sah.
“Maksudnya kelab ini betul-betul mahukan mereka sebagai pemain tetap kelab. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali, seperti yang terjadi kepada pemain negara sebelum ini", kata Safirul.
Pihak NFDP tidak mahu lepaskan pemain muda sesuka hati kerana bimbang kejadian "pemain muda balik awal" berulang lagi. Oleh itu, belum masanya lagi untuk lepaskan mereka.
0 Komentar untuk "Kelab Yang Beraksi Di UEFA Champion League Berminat Untuk Dapatkan Pemain Malaysia-U13"