Ampang: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat didenda RM4, 000
oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan
mengambil dadah jenis syabu, Mac lalu.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman ketika menjatuhkan hukuman turut
memerintahkan penyanyi berusia 37 tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
memerintahkan penyanyi berusia 37 tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Untuk Mu Ibu dan pernah memenangi tempat ketiga
pertandingan nyanyian Gegar Vaganza yang memakai baju penjara berwarna merah
itu kelihatan tenang sepanjang prosiding.
pertandingan nyanyian Gegar Vaganza yang memakai baju penjara berwarna merah
itu kelihatan tenang sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 11 malam, 26 Mac lalu.
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 11 malam, 26 Mac lalu.
0 Komentar untuk "Masih Ingat Dengan Penyanyi Untukmu Ibu Mamat Exist? Wajah Terbaru Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami"