Pemain Import Kedah Ini Melakukan Apa Yang Pengadil Tak Mampu

11357251_971688562863621_5492415308771346129_o

Pemain Import Kedah Ini Melakukan Apa Yang Pengadil Tak Mampu

Kedah menang 3-0 hasil jaringan Liridon Krasniqi, Sandro Mendonca dan Ahmad Shakir.
Pemain tumpuan dalam perlawanan ini tentulah general jentera tengah Kedah, Liridon Krasniqi. Sepanjang perlawanan pemain import Kedah kelahiran Albania ini menunjukkan skil dan kemahiran yang tinggi.
Sentiasa tenang walaupun dikepung 2 pemain…
mf9pz
3 pemain? Tiada masalah…
mf9va
Menghasilkan killer pass? Pun tiada masalah…
mf9y2
Tetapi ketika perlawanan hangat berlangsung, pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan buat seketika. Ini kerana seekor kucing berpendapat padang di Stadium Darul Aman memerlukan ‘baja’.
kucingkedah1-compressed
Pengadil terpaksa menghentikan perlawanan seketika. Pemain Kedah, Syazwan dan Krasniqi berunding siapa yang perlu membawa kucing itu keluar padang.
kucingkedah3-compressed
Solehin membawa kucing tersebut ke luar padang dan membiarkan kucing tersebut meneruskan ‘urusannya’. Krasniqi tidak dapat menahan ketawa.
kucingkedah4-compressed
Seorang pemain Terengganu mengesan ‘baja’ yang ditinggalkan kucing itu. Krasniqi mengarahkan pembantu pengadil mengambil plastik yang berada tidak jauh dari kawasan teknikal Kedah FA dan membersihkan najis tersebut.
kucingkedah5-compressed
Pembantu pengadil sendiri merasa jijik dan ragu-ragu dengan realiti hakiki apa yang beliau perlu lakukan. Beliau kelihatan teragak-agak. Krasniqi tanpa agak-agak terus mengambil plastik tersebut dan membersihkannya sendiri.
kucingkedah6-compressed
kucingkedah7-compressed
Lindon Krasniqi – jeneral padang, pengendali orkestra padang dan pembersih!
11150337_967387153293762_113620437799292035_n
Sumber: Kedah FA & Semuanya Bola
0 Komentar untuk "Pemain Import Kedah Ini Melakukan Apa Yang Pengadil Tak Mampu"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info