Punca Sebenar Kedai Makan Akan Ditutup Jam 12 Malam






Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan itu, termasuk mengehadkan waktu operasi pusat hiburan, akan turut diambil perhatian pihak berwajib dalam menangani gejala sosial yang semakin meruncing ketika ini.

“Kita ambil maklum negara maju menetapkan beberapa perkara berkaitan aktiviti malam; pastikan umur 18 tahun ke bawah tidak boleh keluar selepas jam 11 malam.

“Kedai makan pula dihadkan masa tertentu seperti hanya boleh beroperasi sehingga jam 12 malam. Atau jangan bertolak ansur dengan pusat hiburan yang beroperasi lebih masa atau diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu berlainan di sini kerana kehadiran banyak pihak yang memerlukan industri ini, pelancong, pendatang asing tanpa izin dan sebagainya.

“Oleh kerana kelonggaran tersebut, ia menyumbang kepada masalah sosial,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki yang ingin tahu pelan tindakan kerajaan dalam menangani gejala sosial ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Jelasnya, lantaran itu, satu ‘Nota Serius’ dalam bentuk kertas kerja akan dihantar ke mesyuarat itu bagi mencari titik kebersamaan pihak-pihak berwajib.

“Ini memerlukan kerjasama Kementerian Pelancongan, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lain-lain lagi. Ini perlu dibincang bersama-sama,” katanya.

Beliau mengambil maklum bahawa isu itu turut dibincangkan secara hangat dalam media sosial, dan kerajaan perlu juga mengambil kira pendapat penggiat industri makanan dan hiburan, memandangkan ia menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara. – Bernama
0 Komentar untuk "Punca Sebenar Kedai Makan Akan Ditutup Jam 12 Malam"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info