Inilah 2 Pemain Baru Natulirasi JDT?



Kevin Gunter, pemain muda berdarah kacukan Swiss-Sarawak yang bermain untuk pasukan FC Wiedikon turut mencuba nasib untuk menyertai pasukan Johor Darul Ta'zim. Mendapat kerakyatan Switzerland mengikut bapanya walaupun ibunya berasal dari Sarawak namun tidak menghalang minatnya untuk kembali ke Malaysia. Dilahirkan pada 19hb September 1992, beliau pernah bermain untuk FC Zurich dan SC Young Fellow Juventus sebelum bersama kelab terkini, FC Wiedikon. Luaskan Kuasamu Johor!



Sam Somerville, pemain muda berusia 20 tahun yang mempunyai bakat besar selaku penjaga gol turut seperti rakannya yang lain ingin mencuba nasib untuk menyertai pasukan Johor Darul Ta'zim. Sam yang merupakan rakan kepada Junior Eldstal, dilahirkan di England namun neneknya berasal dari Kulim, Kedah sebelum berhijrah ke sana. Pernah bermain untuk Godalming Town, Farnborough, Slough Town dan Burnham FC manakala kelab terakhir beliau adalah Metropolitan Police FC. Dilahirkan pada 6hb Ogos 1994, pemain tersebut dilihat telah menjalani latihan bersama pasukan JDT baru-baru ini untuk dinilai oleh para jurulatih. Luaskan Kuasamu Johor!

0 Komentar untuk "Inilah 2 Pemain Baru Natulirasi JDT?"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info