Komen Pedas TMJ Ditujukan Kepada FAM



BOLASEPAK, KORUPSI
Kuasa tidak mengkorupkan seseorang. Ketakutan yang mengkorupkan seseorang... Mungkin kerana takut akan hilang kuasa dan sifat tamak. Apabila saya melihat sesuatu yang tidak kena dalam FAM, saya terpaksa berfikir panjang.
Saya tidak sanggup menerima betapa hipokritnya keadaan. Mencegah korupsi bukan sahaja baik, tetapi ianya sebagai benteng diri, ianya mencerminkan harga diri kita. Tanggungjawab generasi muda adalah untuk mencegah korupsi dalam bolasepak dan apa sahaja lapangan.
Saya ingin berkongsi sepotong korus daripada sebuah lagu tulisan Ray Davies, yang menarik untuk para penyokong bolasepak. Ianya berbunyi, "Wang dan rasuah merosakkan tanah air, penyangak mempergunakan mereka yang bekerja keras dan memperlakukan kita seperti biri-biri, dan kita sudah jemu mendengar janji-janji mereka yang kita tahu mereka takkan kotakan."

Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup. Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
0 Komentar untuk "Komen Pedas TMJ Ditujukan Kepada FAM"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info