Mangsa Tsunami Aceh Dilamar Kelab Sporting Lisbon Setelah Dibantu Oleh Ronaldo

Imej dari Espn
Kelab Bola Sepak Sporting Lisbon telah menandatangani perjanjian bersama dengan pemain muda  berusia 17 tahun ini yang merupakan mangsa selepas terselamat dari tragedi Tsunami yang melanda Indonesia pada tahun 2004.
Ketika kejadian, pemain kelab Sporting Lisbon yang bernama Martunis ini baru berusia 7 tahun. Tragedi Tsunami yang melanda kampung halamannya di  Banda Aceh menyebabkan ibu serta dua orang adiknya juga turut terbunuh. Kejadian Tsunami di Banda Aceh telah meragut 230,000 nyawa.

Martunis terdampar di pantai selama 21 hari dan cuba menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebuah sofa. Ketika ditemui, dia memakai jersi tiruan Portugal yang tertera nama Rui Costa di belakang jersi. Nama Martunis menjadi bualan orang ramai setelah menjadi tajuk-tajuk akhbar utama di Portugal serta kisahnya mendapat perhatian dari Christiano Ronaldo.
“Saya tidak takut langsung dengan tragedi ini kerana saya hanya mahu teruskan hidup untuk berjumpa dengan ibu saya dan menjadi pemain bola sepak professional.”– kata Martunis.
Terkesan dengan kisah pemuda ini, Persatuan Bola Sepak Portugal telah mendermakan sebanyak 40 ribu euro dan membantu membina semula rumah keluarganya. Pada tahun 2005, Christiano Ronaldo yang juga merupakan idola kepada pemuda ini mengunjungi Acheh untuk melawat beliau dan berjanji akan menanggung semua kos pendidikannya.
“Saya percaya tidak semua orang mampu untuk menempuh ujian yang di hadapi olehnya. Dia mempunyai semangat dan kekuatan yang luar biasa.”komen Ronaldo tentang Martunis.
Imej dari Espn Fc
Kini, Sporting Lisbon telah menawarkan tempat untuknya bermain di akademi mereka yang terletak di Alcochete. Ronaldo sebelum ini juga menyertai akademi ini sebelum berhijrah ke Manchester United dan Real Madrid.
“Saya sungguh teruja dengan peluang yang di berikan ini. Kelab ini telah membuat cita-cita saya menjadi realiti” kata Martunis ketika ditemui di hari menandatangani  perjanjian bersama kelab Sporting Lisbon.
Screen Shot 2015-07-03 at 9.22.50 AM
Sementara itu, Presiden Kelab Sporting Lisbon Bruno De Carvalho menjelaskan kakitangan akademiknya akan bekerja secara rapat dengan Martunis untuk membantu beliau menjadi seorang pemain bola sepak professional. Katanya, ini adalah sebahagian tanggungjawab pasukan ini untuk merealisasikan impian seseorang dan seterusnya akan menjadi ikon dan inspirasi kepada mereka yang berada di luar sana.

0 Komentar untuk "Mangsa Tsunami Aceh Dilamar Kelab Sporting Lisbon Setelah Dibantu Oleh Ronaldo"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info