Setelah Dipuji Melangit Akhirnya Skuad Malaysia U-13 Tewas Dengan Jaringan Besar



Setelah mencatat 21 kemenangan daripada 24 perlawanan sepanjang jelajah eropah, akhirnya skuad NFDP Malaysia tewas juga kepada pasukan yang lebih kuat iaitu pasukan akademi Paris Saint Germain dengan jaringan 4-0 dan tersingkir dari saingan Ibercup Estoril.

Anak buah LTK dikawal ketat oleh 3-4 pemain PSG ibarat Messi dikawal beramai-ramai sehingga menyukarkan usaha untuk memburu gol. 

Walaupun kalah, rakyat Malaysia tetap berbangga dengan adik adik dan mereka mempunyai masa depan yang cerah kerana telah melalui banyak pengalaman berguna berdepan pasukan akademi ternama di eropah.

Pengalaman ini telah mematangkan mereka untuk menjadi lebih baik di masa depan. Kita ada banyak kerja yang perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia ada wakil di Piala Dunia.


Sumber : HarimauMalaya
0 Komentar untuk "Setelah Dipuji Melangit Akhirnya Skuad Malaysia U-13 Tewas Dengan Jaringan Besar"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info