Setelah Sebulan Berkahwin Hanis Zalikha Dedah Perangai Sebenar Suaminya




Baru sahaja mendirikan rumah tangga dalam beberapa minggu yang lepas Hanis Zalikha memberitahu bahawa suaminya pelakon Hairul Azreen mempunyai sifat manja lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal makanan.





“Dia manja kalau pasal makan sebab dia sudah rasa air tangan saya dan dia mahu saya sahaja yang masak. Dia juga merupakan anakb bongsu dalam keluarganya, saya pula anak yang ke-2 jadi saya macam kakak-kakak sedikit. Tetapi sebab manja itulah dia pandai manjakan saya dan tahu apa yang dimahukannya,” katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Anjuran produk Safi Rania kelmarin.

Hanis turut berkata kehidupannya kini sudah berubah lebih-lebih lagi apabila melibatkan rutin hariannya dan keluarganya juga bertambah besar.

“Perubahannya kini ialah apabila berpuasa saya bersama suami. Kami dapat menjalankan ibadah solat berjemaah dan tarawikh bersama berbanding dahulu. Sekarang apa sahaja yang saya lakukan perlu mendahulukan suami terlebih dahulu seperti meminta izinnya untuk melakukan sesuatu perkara,” katanya.




Mendapat seorang suami yang tidak cerewet dalam soal makanan membuatkan Hanis lebih mudah menguruskan rumah tangganya. Jelasnya Hairul gemar untuk makan makanan yang bergoreng.

“Hairul suka makanan yang bergoreng dia tak suka berkuah. Bila saya dengan dia saya terpaksa kreatif kerana saya jenis suka masak sambal. Kalau dia kena buat ayam goreng butter atau kadang-kalanya dia boleh makan nugget sahaja untuk berbuka,” ujar Hanis.

Sementara itu, persiapan raya untuk tahun ini, mereka sekeluarga akan memakai baju sedondon berwarna hijau dan akan pulang beraya di rumah mertua masing-masing memandangkan selepas minggu ke-2 atau ke-3 mereka berdua pula akan ke destinasi percutian yang masih dirahsiakan untuk berbulan madu.

“Tahun ini untuk persiapan raya saya kena siapkan untuk suami juga dan keluarga makin bertambah besar. Soal untuk balik beraya ke mana tidak menjadi masalah memandangkan kami berdua berasal dari Lembah Klang”

“Cuma pada malam beraya akan beraya terlebih dahulu di rumah saya sebelum ke rumah Hairul pada pagi raya yang pertama. Selepas itu dalam minggu ke-2 atau ke-3 saya akan bercuti berbulan madu di luar negara,” tambahnya lagi.

Sumber : rotikaya
0 Komentar untuk "Setelah Sebulan Berkahwin Hanis Zalikha Dedah Perangai Sebenar Suaminya"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info