Berhijab selepas lihat arwah bapa tak senyum
PELAKON Jue Aziz mengambil keputusan berhijab sepenuhnya minggu lalu.
Menurut Jue, keputusan bertudung dilakukannya selepas dia bermimpi mengenai arwah bapanya yang meninggal akibat serangan jantung Julai lalu.
"Alhamdulillah, penghijrahan saya dipermudahkan ALLAH. Malam Ahad lalu ketika saya ambil wuduk untuk solat, hati saya dirundung perasaan rindu teramat pada arwah ayah.
"Saya teringin sangat menatap wajahnya dengan senyuman. Malam itu, ketika tidur, saya mimpikan ayah. Malangnya, ayah tidak senyum sehingga saya memegang kedua-dua belah pipinya untuk memaksanya senyum," katanya dipetik sebuah portal berita tempatan.
Tambah Jue lagi, perkara itu diceritakan kepada kakaknya yang kemudian menasihatinya untuk berubah.
"Dengan nada lembut kakak memberitahu, mungkin itu pesanan daripada ALLAH meminta diri saya berubah untuk bertudung.
"Tiba-tiba pintu hati saya untuk memakai tudung dibuka luas-luas. Saya cakap pada kakak, maknanya ALLAH dengar doa saya. Maknanya ALLAH sayangkan saya," katanya.
Jue mendirikan rumah tangga gitaris kumpulan DV8 dari Indonesia, Bayu Daniels.

0 Komentar untuk "Punca Sebenar Jue Aziz Berhijab Yang Pasti Memeranjatkan Anda"