Setelah Seminggu Inilah Yang Terjadi Kepada Bayi Yang Dilahirkan Oleh Murid 11 Tahun Tersebut




Bayi dilahir murid Tahun Lima di Jempol meninggal KUALA PILAH: Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang murid Tahun Lima di Jempol, minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, hari ini. Bayi berusia lapan hari itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut. Jenazahnya kemudian dibawa oleh keluarga ibunya untuk dikebumikan di Jempol. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, ketika dihubungi turut mengesahkan kematian bayi itu. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 5 Ogos lalu, murid berkenaan dibawa ke klinik swasta di Bahau, Jempol, selepas mengadu sakit perut. Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati murid berkenaan sakit kerana hendak melahirkan anak dan ketika persediaan dibuat untuk membawanya ke Hospital Jempol, dia melahirkan anak di klinik swasta itu. MURID Tahun Lima yang melahirkan bayi di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah 5 Ogos lalu.

0 Komentar untuk "Setelah Seminggu Inilah Yang Terjadi Kepada Bayi Yang Dilahirkan Oleh Murid 11 Tahun Tersebut"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info