Inialah Alasan Dari Dollah Salleh Setelah Diaibkan UAE
Pada sidang media selepas perlawanan itu, Dollah yang ditanya sama ada akan meletakkan jawatan selepas kekalahan berkenaan, berkata; "Saya tak tahu tetapi mungkin juga. "Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini," kata Dollah yang dilantik pengendali skuad kebangsaan pada Jun tahun lalu dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mengulas prestasi pemainnya, Dollah menyifatkan persiapan skuad kebangsaan menjelang pertembungan menentang pasukan terbaik seperti UAE tidak mencukupi terutama selepas mengharungi jadual liga tempatan yang padat. "Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. "Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE," katanya.
0 Komentar untuk "Inialah Alasan Dari Dollah Salleh Setelah Diaibkan UAE"