Penggunaan Makhluk Halus Mungkin Punca Malaysia Tewas Besar Kepada UAE
KUALA LUMPUR - Seorang pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinanan penggunaan makhluk halus menjadi punca kekalahan teruk skuad bola sepak Malaysia menentang UAE pada kelayakan piala dunia khamis lalu
Menurut pakar perubatan itu Datuk Shamsuri Shafie, terdapat pelbagai cara digunakan untuk memenangi sesuatu perlawanan sama ada aktiviti fizikal atau upacara pemujaan
Dalam Islam kita mempunyai cara untuk meyakinkan diri dalam memenangi sesuatu perlawanan iaitu dengan menunaikan solat hajat atau membaca surah Yasin.
Sama juga seperti agama lain, pasti mereka mempunyai kepercayaan sendiri mingikut agama masing-masing
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas skuad bolasepak Malaysia setelah diaib UAE 10-0 di Abu Dhabi.
Shamsuri berkata sebagai orang Islam kita juga disarankan untuk membaca doa sebelum melakukan sebarang aktiviti termasuk bermain bolasepak.
Orang-orang tua dulu memang mengamalkan bacaan doa sebelum bermain supaya diberkati dan dijauhi gangguan mkhluk halus. Kadangkala terdapat kepercayaan yang menggunakan jampi bagi menguatkan fizikal ketika bermain diatas padang.
Bagaimana jika seseorang itu hanya berdoa tanpa keyakinan ia juga tidak membuahkan hasil.
Sementara itu seorang pakar psikologi Universiti Malaya, Dr. Mohd Awang Idris berkata skuad Harimau Malaya patut memberi tumpuan berhubung psikologi sukan dan psikologi pemain.
Kita patut mengetahui adakah pemain kita ini juga mempunyai kekuatan psikologi yang baik. misalnya adalah ,mereka berasa rendah diri atau gemuruh apabila berdiri tengah padang bersama pemain lain. Golongan ini tidak patut permain katanya
0 Komentar untuk "Penggunaan Makhluk Halus Mungkin Punca Malaysia Tewas Besar Kepada UAE"