(Zubir Azmi Dikaitkan Akan Berpidah Ke Pasukan JDT Musim Depan)
PETALING JAYA: Jika tidak bergelar pertahanan kiri pasukan Harimau Malaya hari ini, Muhammad Zubir Mohd Azmi atau dikenali sebagai Zubir Azmi akan hanya memegang katalog mesin jahit dan memperkenalkan model terbaharu kepada pembeli di kedai bapanya di Terengganu.
Bagaimanapun dengan azam dan matlamat untuk menjadi pemain bola sepak professional serta berbudi kepada negara, pertahanan kerdil itu kini tampil sebagai pemain digeruni lawan khususnya dalam saingan Piala AFF Suzuki.
Zubir Azmi juga merupakan pemain skuad Harimau Malaya yang berjaya mempamerkan aksi konsisten untuk kekal bermain sepenuh masa (90 minit) dalam setiap perlawanan Piala AFF Suzuki 2014.
Anak kelahiran Terengganu yang memiliki ketinggian 1.7 meter juga digelar ‘Patrice Evra Asia’ kerana keberanian serta kejayaan menyekat jentera serangan lawan. Malah bagi Zubir, tiada istilah takut atau gentar ketika perlu berdepan pemain berzaiz lebih besar dan tinggi darinya.
Anak ketiga daripada enam beradik itu berjaya menarik perhatian barisan jurulatih skuad muda negara sejak 2010 apabila dipilih menyertai pasukan Bawah 23 Tahun.
Mengimbas kembali kariernya dalam bola sepak, Zubir memberitahu, minatnya terhadap bermula sejak di bangku sekolah.
“Dalam kepala saya hanya ada bola sepak. Di sekolah dulu saya memang aktif sehingga terpilih mewakili negeri. Mujurlah keluarga saya, terutama ayah dan ibu memberi 'lampu hijau' dan sokongan padu.
“Sejak itu, saya akan cuba yang terbaik dalam setiap perlawanan, tak kiralah perlawanan peringkat apa. Cita-cita saya memang ingin menjadi pemain bola sepak yang berjaya.
“Jika saya tidak bergelar pemain bola sepak, saya tidak pasti apakah pekerjaan sekarang. Mungkin akan membantu perniagaan ayah saya menjual mesin jahit di Terengganu,” katanya ketika ditemui selepas latihan di Wisma FAM di sini baru-baru ini.
Jelas Zubir, perniagaan mesin jahit itu merupakan sumber pendapatan keluarga dan sebagai seorang anak dia bertanggungjawab membantu mengembangkan lagi perusahaan tersebut.
“Memang itulah pekerjaan ibu dan ayah saya membesar kami adik beradik. Walaupun saya sudah ada kerjaya sendiri, saya tidak pernah lupa untuk membantu keluarga, kerana dengan sokongan merekalah saya berjaya dalam karier sekarang.
“Setiap kali perlawanan, keluarga tidak pernah lupa untuk hadir ke stadium memberi semangat. Pada aksi final Piala AFF Suzuki nanti, mereka semua akan datang memberi sokongan kepada saya dan pasukan negara,” jelas pemain Terengganu itu.
Dalam pada itu, Zubir yang telah mendirikan rumah tangga tahun lalu mengakui, semangatnya lebih berkobar-kobar dengan adanya keluarga di sisi.
“Mereka pembakar semangat saya untuk bermain lebih baik. Saya tidak rasa perkahwinan di usia muda menjadi penghalang untuk beraksi lebih baik. Tambahan pula, sekarang ini saya sudah bergelar bapa kepada Muhammad Zharif Aryan,” jelas Zubir yang menjadikan pemain Real Madrid, Marcelo Vieira sebagai idolanya.
Zubir turut bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk berada di posisi pertahanan pada setiap perlawanan.
"Bagaimanapun banyak lagi yang perlu dipelajari dan pergaulan dengan pemain-pemain senior membuatkan saya lebih matang dalam membuat keputusan.
“Sebelum ini, pada aksi Piala AFF Suzuki dua tahun lalu, saya hanya bermain satu pelawanan sahaja ketika menentang Indonesia, tetapi tahun ini situasi berbeza. Saya akan cuba yang terbaik lagi selepas ini.
“Peluang beraksi di peringkat final ini adalah sesuatu yang bermakna bukan sahaja kepada kami, tetapi seluruh peminat bola sepak negara,” katanya sebelum berangkat ke Bangkok bagi mengharungi perlawanan akhir pertama bertemu Thailand pada Rabu ini.
Nama: Muhammad Zubir Mohd Azmi
Tarikh lahir: 14 November 1991
Tempat lahir: Kerteh, Terengganu
Adik beradik: Anak ke-3 daripada 6 beradik
Posisi: Pertahanan kiri
Pasukan semasa: Terengganu (jersi no.16)
Pemain idola: Marcelo Vieira
Karier:
2006-2010 - Pasukan Piala Presiden Terengganu
2010 - Malaysia Bawah 23 Tahun
2011 hingga sekarang - Malaysia (Harimau Malaya)
Hobi: Bermain badminton Makanan kegemaran: Nasi dagang

0 Komentar untuk "Tak Sangka! Inilah Pasukan Yang Akan Disertai Zubir Azmi Untuk Musim 2016"