SEORANG wanita yang baru sahaja berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi yang terletak di hadapan rumahnya di Tikam Batu, Sungai Petani Kedah, telah menjadi viral sejak semalam.
Mangsa yang berusia 27 tahun ditemui penduduk kampung dalam keadaan lemah dalam perigi disyaki berada dalam tempoh yang lama sebelum dibantu keluar oleh pihak BOMBA.
Difahamkan, sebelum kejadian wanita berkenaan dilihat tidur berdekatan perigi kerana dipercayaai mengalami tekanan perasaan.
Pelbagai usaha jiran tetangga lakukan termasuk meletakkan tangga, namun wanita berkenaan tetap gagal untuk naik menyebabkan bantuan bomba diperlukan. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan i Yacob Ishak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10 pagi.
"Setibanya ke lokasi kajadian pada jam 10.11 pagi, kami dapati terdapat seorang wanita terjatuh ke dalam peprigi terbabit.
"Namun , mangsa masih dalam keadaan sedar dan terapung dalam air perigi dengan berpaut pada tangga kayu yang diletakkan oleh penduduk kampung.
"Mangsa berjaya dinaikkan jam 10.36 pagi,"katanya.
Tambahnya, wanita berkenan hanya mengalami cedera ringgan dan telah dihantar ke Hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.
0 Komentar untuk "Wanita Baru Berkahwin Tewas Dalam Perigi."