SAYA PEMBUNUH BOLA SEPAK!!
Wartawan : Apakah maksud yang dikatakan Tunku membunuh sukan bola sepak. Boleh Tunku beri sedikit pencerahan?
TMJ : Saya membunuh sukan bola sepak dengan melaksanakan program pembangunan akar umbi.
TMJ : Saya membunuh sukan bola sepak dengan melantik jurulatih antarabangsa dari Borussia Dortmund untuk melatih pemain-pemain muda.
TMJ : Saya membunuh sukan bola sepak dengan membina bangunan infrastruktur serta akademi untuk tujuan pembangunan bola sepak.
TMJ : Saya membunuh sukan bola sepak dengan memastikan gaji pemain dibayar cukup tinggi dan sewajarnya serta memastikan kebajikan mereka dijaga supaya tidak ujud scenario bookie. Agar semua pasukan- pasukan lain juga turut mengikuti langkah menjaga kebajikan pemain-pemain.
TMJ : Saya membunuh sukan bola sepak dengan menegur FAM untuk terus memperbetulkan mana-mana perkara yang salah di samping memastikan intergriti badan induk tersebut dihormati.
TMJ : Saya membunuh sukan bola sepak dengan mencadangkan agar badan pengadilan bola sepak ditadbir oleh organisasi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan FAM agar mempunyai pengadil yang lebih berkualiti dalam pelbagai aspek.
Wartawan : Apa yang saya nampak disini Tunku bukanlah membunuh sukan bolasepak tetapi telah melakukan sesuatu yang terbaik demi pembangunan bolasepak!
TMJ : (Senyum). Kalau itulah yang dikatakan membunuh sukan bolasepak, saya akan terus membunuh sukan bolasepak ini. Terima kasih.
Sumber : Johor The Photoshooterz
0 Komentar untuk "TMJ Mengaku Membunuh Bolasepak Malaysia"