Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kiri) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York |
Portal berita Israel, Time of Israel memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyifatkan Najib bercakap sesuatu yang positif mengenai agama Yahudi dan menyifatkan Najib berbeza dengan beberapa Perdana Menteri Malaysia sebelum ini yang kuat mengkritik Israel dan yahudi.
Time of Israel mengulas ucapan Najib ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Berhubung dengan pertempuran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada sambutan Rosh Hashanah pada tiga minggu lalu, saya menyeru kerajaan Israel supaya mematuhi prinsip etika tertinggi agama Yahudi dan mesej penting dalam kitab Taurat seperti rumusan pendeta abad pertama Sebelum Masihi, Hiillel,"
"Ketika diminta mengulas Taurat secara pendek, Hiillel berkata "Apa yang kamu benci, jangan lakukan kepada orang lain", kata Najib Razak dalam ucapan tersebut.
Najib Razak sebelum ini menulis perkara yang sama di Twitter beliau.
Portal Time of Israel menulis, walaupun ucapan itu berbentuk kritikan, ianya sangat ketara bagi seorang pemimpin Malaysia untuk bercakap perkara positif mengenai agama Yahudi dan mengiktiraf Israel sebagai "teman berbicara".
Portal itu juga turut menyentuh aktivis di Malaysia berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat lepas bagi membantah kekejaman terbaru Israel terhadap penduduk Palestin.
Portal Time of Israel menulis perkara tersebut di dalam artikel bertajuk "Malaysian PM calls for ‘new dawn’ in Muslim-Jewish relations"
Sumber : Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Inilah Respon Mengejutkan Dari Perdana Menteri Israel Setelah Berjumpa Dengan Najib Razak"