Komen Pedas Izreen Azminda Kepada Amar Baharin Ini Pasti Sentap

Oleh Ina Mohd. Sumber Instagram Izreen.
 
Semalam adalah hari terakhir pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Pasti ada diantara anda yang menonton. Apa komen anda? Tertarik dengan komen yang diberi oleh pelakon Izreen Azminda di laman Instagram miliknya. Kalau tak salah, sebelum ini watak Hayati sepatutnya dibawakan oleh Izreen. Tetapi mungkin atas sebab tertentu, watak tersebut diberikan kepada Nabila Huda. Nabila memang membawakan watak Hayati sebaiknya namun seperti tidak berapa nak kena apabila berpasangan dengan Amar Baharin. Amar membawakan watak utama iaitu Zainudin.
 
Izreen sendiri telah memberi komen dengan penghayatan Amar dalam teater tersebut. Bukan satu, tetapi lima.

 
“@izreenazmindaTenggelamnya Kapal Van Der Wijck adalah coretan emas hasil nurkilan Hamka sememangnya karya 'AGUNG' percintaan menyayat hati diantara Haryati dan juga Zainudin.. Saya adalah salah seorang dari jutaan peminat karya ini... Novel..teater dan juga film asal dari negara seberang ini juga sudah saya tonton dan boleh dikatakan penghayatan dari setiap karektor besar sehinggalah karektor kecil yg dibawa oleh PELAKON SEBERANG sebelum ini sungguh menyentuh jiwa dan perasaan..setiap inci lakonan itu sedikitpun tidak ada cacat celanya..ini sememangnya diakui oleh sesiapa shj yg pernah menontonnya..jadi.. dikesempatan 2 malam terakhir bg pementasan teater ini dalam versi MALAYSIA saya dtg utk menonton hidangan daripada para PELAKON TANAH AIR KITA ...apa yg boleh disimpulkan daripada pandangan saya sbg penonton.. Hanya 5/10 sahaja dari segi keseluruhan pementasan..dari segi lakonan.. Nabila huda sbg hayati tidak boleh disangkal lakonannya agak baik dari segi penghayatan..congrats!!! 
 
Watak Amar Baharin (zainudin) 1) dialog agak mendatar 2) ekspresi wajah dan movement tidak impak 3) penghayatan kurang 4) penekanan dan lontaran dialog juga kurang 5)kesedihan dan peritnya hidup sbg zainudin juga tidak sampai.. Harap dapat diperbaiki utk mlm terakhir dan utk lain2 karektor seperti shahrul ridzwan..karektor yg agak mencuit hati dan spontan..bagus..kecuali apabila bermonolog sendiri shj nmpk seperti mengejar dialog dan tidak ada penekanan pada dialog2 penting..tiada tonasi alunan apabila melontarkan dialog itu....selebihnya amyra rosli..karl shafek..liza dollah dan perlakon2 pembantu lain juga dapat membawa watak masing2 dgn baik terutamanya yg menjadi mamak kepada hayati..hanya dia yg memberi impak dalam lontaran dialog..penghayatan..dan keghairahan dalam setiap bait2 kata yg dilontarkan..tahniah!!! Apa pun utk semua..percubaan yg berani”
 
Itu dia komen Izreen. Harapnya Amar tidak ambil hati. Selalunya teguran itu membantu seseorang untuk lebih maju di masa akan datang. Apa-apa pun ia perlu diambil iktibar oleh semua pelakon. Tidak kira yang baru mahupun lama. Paling utama penghayatan. Walau bagaimana pun tahniah kepada produksi kerana membawa naskhah hebat ini ke pentas yang besar.
0 Komentar untuk "Komen Pedas Izreen Azminda Kepada Amar Baharin Ini Pasti Sentap"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info