Lelaki Ini Dedahkan Perkara Sebenar Kenapa Beliau Memukul Pekerja Warga Bangladesh


  Susulan video viral di laman sosial yang menunjukkan seorang lelaki memukul pekerja 'car wash' warga Bangladesh, lelaki itu kini tampil memberi penjelasan.

Menurut Risamuddin Abdul Wahab, pengusaha 'car wash' itu bertindak memfitnah dirinya dan keluarga.
 Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati. "Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga. Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat
Risamuddin juga mendakwa, pemilik 'car wash' tidak mendedahkan video sebenar iaitu dari awal pertelingkahan itu berlaku.
 Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun.
 Menurut seorang pengguna facebook pula yang mengenali lelaki berkenaan, Eira Irya Anuar, lelaki tersebut memang memilik sikap panas baran. Terbaru kes dia bersama isterinya itu masih belum selesai.

Apa pun alasan yang diberikan oleh Risamudin, memukul bukanlah penyelesian masalah. Jika anda rasa pekerja Bangladesh itu kotor, cari 'car wash' yang pekerjanya yang bersih kan? Apa kata anda?  
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Dedahkan Perkara Sebenar Kenapa Beliau Memukul Pekerja Warga Bangladesh"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info