Berikut kami kongsikan pandangan dari Puan Pnut
Syafinaz berkenaan isu ini untuk kita sama-sama renungi.
Semoga bermanfaat.
Kadang-kadang perkara ni nampak mudah, tetapi suami
kena pandai handle.
Bab tandas tu saya no komen, sebab mungkin isteri orang
yang posting ni ada masalah dengan tandas cangkung,
(tidak biasa, sakit lutut, sakit kalau mencangkung.
Wallaahualam, saya juga pernah ada masalah begini dulu
masa sakit lutut, jadi kurang adil untuk judge isterinya
mengada-ngada).
Bab tidur di ruang tamu tu, saya nak komen, berdasarkan
pengalaman saya sendiri. Suami saya dari keluarga yang
besar dan ramai anak-anak saudara, bila berkumpul semua
memang sesak, dan memang tidak cukup bilik.
Kadang-kadang memang berkongsi bilik dengan keluarga
adik beradik lain, bilik masuk nak tukar baju, letak barang-
barang kita. Bila malam, selalunya tidur diruang tamu
ramai-ramai.
Seronok sebenarnya, tetapi suami saya agak tegas bab
aurat isterinya, no kompromi walau dalam rumahnya sendiri,
dia akan sering ingatkan aurat saya dengan ipar dua lelaki.
Maka tidur malam pun pakailah tudung. Tidak selesa bukan?
Mula-mula saya okey, tetapi lama-lama saya suarakan rasa
hati ketidakselesaan, lebih baik begitu, dari kita tarik muka
dan kecil hati dengan suami.
Rupanya dia ingat saya okey je selama ini, sebab saya tetap
ceria dan gembira bila pulang ke rumah arwah mak dan
bapak mertua, takder nak desak dan ajak suami balik
cepat-cepat ke apa.
Dan sebagai tanggungjawab dan amanah dia kepada saya,
dia kumpulkan duit, dia minta arwah ayah mertua repair-
repairkan bilik stor bawah rumah, jadikan bilik tidur, takde
mahal sangat kosnya, upah orang kampung je buat, senget
benget simen pun okey je. Okeylah walau kecil, tetapi cukup
selesa untuk tukar baju, solat dan tidur.
Alhamdulilllah, bilik tu tiap kali balik kampung beramai-
ramai, kami sekeluarga duduk situ, termasuk masa ada bibik
dulu tidur dengan saya dalam bilik tu, suami dan anak
bujang tidur luar. Kalau kami tidak balik kampung, sesiapa
ahli keluarga lain yang balik kampung boleh gunakan bilik tu.
Saya kira sebagai suami, kalian kena prihatin dengan
perkara sebegini, kecuali kalian tidak kisah isteri tidur,
golek gelentang ditatap’ bukan muhrimnya, kalau kisahkan,
cuba usahakan agar isteri selesa di rumah anda. Ia bukan
soal isteri mengada-ngada tidak mahu tidur di ruang tamu
beramai-ramai, ia juga soal maruah isteri dan maruah anda
sebagai suami.
Ada rakan lelaki saya cerita, kalau balik kampung, dia akan
carikan hotel budget untuk bermalam, dan bercerita perihal
ini kepada ibu dan ayahnya agar mereka tidak tersinggung,
dan mak ayah dia redha, dan tidak berkecil hati dengan
menantu.
Tetapi siang hari mereka sepenuhnya duduk di rumah
mertua, malam betul-betul balik untuk tidur, selepas subuh
dah kembali ke rumah orang tua, masak sarapan bersama-
sama, makan tengahari, makan malam semua di rumah mak
dia.
Hubungan menantu, mertua ipar duai juga tiada masalah.
(kepandaian suami uruskan rumah tangga dan jaga
hubungan baik amat penting)
Katanya memang ada 2 bilik je rumah mak ayah dia, dan
anak-anak saudara lelaki perempuan semua dah besar-
besar, dia utamakan kakak-kakaknya yang ada anak-anak
dara untuk gunakan bilik, ahli keluarga tiada masalah dan
memahami tanggungjawab dia menjaga kepentingan
isterinya.
‘bergossip’ “si anu tu menantu dia
kekwat, balik tak nak duduk rumah
mak mertua, sanggup sewa hotel bawa
anak isteri duduk.” Perkara ini
tidak akan timbul, kalau kita semua
memahami apa yang saya sebutkan di
atas, ‘memelihara aurat’.
“
Apa pun Al-Fatihah buat arwah bapa dan ibu mertua saya,
yang saya kira amat baik kepada saya, bertuah dan
bersyukurnya saya kerana mereka menerima saya seadanya,
dan segala kelemahan saya mereka juga menerima
seadaanya.
Kini rumah pusaka sebelah suami sepi, sebab semua anak-
anak kerja luar dan sedikit usang kerana tidak didiami, saya
merindui kemeriahan suasana menyambut puasa, hari dan
berkumpul ketika kenduri kendara di situ.
Sesungguh, hargailah masa-masa yang kalian ada dengan
orang tua dan sanak keluarga, kerana suatu hari nanti,
kalian pasti akan merinduinya.
Bila balik melihat rumah usang, berhabuk, terbit rasa rindu,
“Bilik inilah aku tidur semasa kali pertama bermalam di
rumah mertua”
“Ruang inilah, aku melihat anak-anak kecil aku merangkak,
bertatih, dan Tok dan opah menyambut cucu di kerusi sambil
mengagah anak-anak kecil ku”
“Di ruang makan inilah, pertama kali aku memasak menjamu
mertua dengan masakanku, dan suami tersenyum bangga,
isterinya pandai memasak untuk mertua”
“Di sudut inilah, anak-anak saudar berkhatan, dan
bergantung kain ‘berpantang’
“Di bilik air inilah, aku menjerit bila nampak lipan sebesar
jari telunjuk”
“Dihalaman inilah, anak-anak aku, dan sepupu-sepupunya
riang gembira bermain bunga api”
Kini semua itu sudah tidak dirasai lagi, yang tinggal cuma
sebuah kerinduan.
0 Komentar untuk "Kisah Isteri Tak Mahu Beraya Di Rumah Mertua Kerana Adik Beradik Ramai"