Khairul Fahmi menyifatkan mimpi ngeri itu hasil daripada kesilapan sendiri dan rela menerima apa-apa kritikan rakyat Malaysia dengan hati terbuka setelah melihat Ketua Jurulatih Dollah Salleh meletakkan jawatan sebaik sahaja perlawanan berakhir.
"Saya malu dan kekalahan itu susah untuk dilupakan. Saya rasa kami semua sudah biasa dengan kritikan tetapi kami memang patut menerima kritikan itu agar kita dapat kembali bangkit," kata Khairul Fahmi.
Ketua pasukan, Safiq Rahim, dan rakan-rakannya tidak mahu mengingati lagi apa yang berlaku sambil berharap ada hikmah tersendiri atas kekalahan 10-0 kepada UAE.
"Saya harap kami dapat lupakan perlawnan yang lepas. Tinggalkan keputusan itu sebagai sejarah dan tumpu kepada melakar sejarah baru," tegasnya
"Kita akui kesilapan pemain kerana tidak bermain dengan baik dan tidak bersungguh-sungguh. jadi saya harap selepas ini bersama jurulatih baru kami dapat memperbaiki luka yang dialami," kata Safiq.
0 Komentar untuk "APEK MALU, SAFIQ TERLUKA"