Ong Kim Swee Dedah Sikap Pemainnya Setelah Dimalukan UAE

terlalu-fikir-kekalahan-tidak-mengubah-apa-apa
"Bagi saya, kita tidak boleh terlalu memikirkan kekalahan itu kerana ia tidak akan mengubah apa-apa. Yang penting, kita kembali fokus," kata pengendali sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee yang mengambil alih dari Dollah Salleh yang telah meletak jawatan.
Kim Swee berkata kesemua pemain boleh menerima kehadirannya, memandangkan sebahagian daripada mereka pernah beraksi di bawah bimbingannya ketika dilantik sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan selama empat bulan, dari 3 Feb 2014 hingga 28 Jun 2014.


"Persiapan kita kini lebih kepada psikologi di mana bukan mudah untuk menerima keadaan seperti ini. Saya percaya pemain kita mempunyai kekuatan mental yang menunjukkan personaliti masing-masing, dan ini yang saya mahu lihat apabila menentang Arab Saudi nanti," kata Kim Swee.

Dalam pada itu, FAM menerusi catatan di laman Facebook menyatakan Kim Swee telah memanggil lima pemain baharu untuk aksi menentang Arab Saudi.

Mereka ialah dua pemain skuad Harimau Muda B (B-22) iaitu Ramadhan Hamid dan Adam Nor Azlin, selain Mohd Fadhli Shas (Johor Darul Ta'zim), Ahmad Fakri Saarani (Kelantan) dan pemain tengah Perak, Nurridzuan Abu Hassan.

Enam pemain sedia ada, bakal digugurkan oleh Kim Swee bagi melengkapkan senarai 23 pemain menentang Arab Saudi.

Malaysia kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas mencatat satu keputusan seri dan dua kekalahan termasuk diaibkan 0-6 oleh Palestin pada aksi sebelum ini, di laman sendiri.
0 Komentar untuk "Ong Kim Swee Dedah Sikap Pemainnya Setelah Dimalukan UAE"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info