Komen Jurulatih Arab Saudi Untuk Skuad Harimau Malaya

bert-van-marwijk-halangan-terbesar-harimau-malaya
Pengendali Arab Saudi Bert van Marwijk yang bertanggungjawab membawa pasukan Belanda ke final Piala Dunia 2010 menjadi cabaran besar buat skuad Harimau Malaya.
Ketika tewas 10-0 berdepan Emirah Arab Bersatu, perancang tengah UAE Omar Abdulrahman menjadi pembunuh skuad negara namun kali ini halangan terbesar adalah mengatasi taktikal van Marwijk.

"Perlawanan ini penting buat kami kerana itulah kami tiba disini seawal Jumaat lalu sebaik tamat perlawanan berdepan Timor Leste.

Mungkin semua menganggap kami akan menang mudah selepas Malaysia tewas 10-0 sebelum ini namun saya tidak bersetuju," katanya.

van Marwjik menegaskan jumlah jaringan bukan menjadi keutamaan kerana kemenangan itu leboh penting dari gol yang dijaringkan.

Kapten Arab Saudi, Osama Hawsawi turut melihat Malaysia bukan pasukan mudah.

"Kami tetap perlu menghormati pasukan lawan tidak kira mereka tewas atau menang sebelum ini," katanya.
0 Komentar untuk "Komen Jurulatih Arab Saudi Untuk Skuad Harimau Malaya"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info