KEJUTAN DI MAJLIS PERKAHWINAN RAJA FARAH DAN ISKANDAR ISMAIL

32940.jpg
featured-Raja-Farah-Iskandar-Ismail-Sela
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Raja Farah dan juga suaminya, Iskandar Ismail yang telah pun selamat dinikahkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor hari ini.

Perkahwinan Raja Farah bersama Iskandar sememangnya mengejutkan banyak pihak. Selain itu, sebelum ini, Raja Farah sempat berkongsi cerita mengenai bagaimana pertemuannya dengan suaminya itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.
Dua hari sebelum Ramadan lepas, saya ada berkunjung ke sebuah restoran. Saya makan bersama kawan-kawan. Rupa-rupanya, di situlah dia nampak saya. Ketika itu, dia beritahu bahawa saya yang senyum kepada dia
Mungkin dia ingat saya senyum kepadanya, walaupun mungkin senyuman itu saya lemparkan secara rawak. Dia kemudian mahu terus bertanyakan nombor telefon kepada saya, tetapi dihalang oleh kawannya
Dia cerita kepada saya, pada waktu itu, dia tidak tahu pun saya ini pelakon sehinggalah kawannya yang beritahu bahawa orang yang dia rasa senyum kepada dia itu merupakan Raja Farah, jelasnya kepada Kosmo!
Semoga perkahwinan Farah kali ini akan membawa bahagia yang berkekalan dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar bermula daripada majlis berinai (malam semalam) dan juga majlis pernikahan. Enjoice!
GAMBAR IHSAN: EDDIE PHOTO VIDEO






SUMBER
kosmo!
Sumber: Rotikaya
0 Komentar untuk "KEJUTAN DI MAJLIS PERKAHWINAN RAJA FARAH DAN ISKANDAR ISMAIL"

 
Copyright © 2014 Kaki Berita Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info